Friday, December 31, 2010

CERDIK? APA DEFINISINYA YANG SEBENAR?

brain-speaks-paralysis

Assalamualaikum w.b.t.

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah...
masih lagi diberi nikmat islam,iman dan nikmat untuk hidup
pada hari ini..
hurm..sudah lama xupdate blog ni..jenguk je hari-hari..rasa nk menulis..tp perasaan malas jea lebih..tp hari ni rasa nk menulis..sbb rasa mcam nak share something...

petang semalam,semasa sharing petang/sanjha pyar(sp) kat surau,saya kna gantikn kak mira yang supposed sharing that evening tp dia ada hal..dan mintak saya gantikan..
then,saya pun mula la cari-cari bahan...untuk dikongsi bersama dengan sahabat2 nnt..
msa tgh2 baca artikel kat iluvislam..saya jumpa satu tajuk ni..

"Kecerdikan : Di Manakah Letaknya?"..

haa...
kat mana letaknya kecerdikan manusia tu??dekat otak?dekat akal?dekat hati?
agak2 kat mane letaknya kecerdikan seorang manusia tu???hurm??
dekat IQ ke??kalau la kecerdikan itu disandarkan pada IQ semata-mata,kenapa ramai orang yang bijak-bijak kat luar sana tu..still ada yang terjerumus dalam lembah maksiat,lembah kehinaan..adakah kerana mereka tu tidak cerdik???

dalam ISLAM,kecerdikan itu bukan diukur dengan kepandaian akal dan ketinggian IQ jea,tetapi dalam ISLAM,kecerdikan itu adalah based on sejauh mana manusia itu berusaha untuk menyelamatkan diri daripada kerosakan hidup di dunia dan beroleh kebahagian di akhirat..
hurm..jom kita tgok kisah sang kancil...
kenapa kita katakan sang kancil itu haiwan yang cerdik dan bijak?? itu kerana sang kancil itu berjaya membuat helah untuk menyelamatkan diri dari bahaya yang bakal menimpa dirinya..kerana itu kancil dikatakn bijak...
manusia juga begitu la sifat cerdiknya..apabila kita berusaha untuk mengelak dari ditimpa bahaya,maka kita adalah cerdik..kita mengelak untuk hidup susah pada masa hadapan,maka kita berusaha belajar bersungguh-sungguh supaya kita berjaya dan mendapat kerja yang best..tapi yang paling penting adalah,kita nk mengelak daripada bahaya di akhirat,jadi kita berusaha bersungguh-sungguh didunia untuk hidup bahagia di akhirat..
ap pula definisi cerdik pada pandangan idola kita,Rasulullah s.a.w
jom kita tgok hadis Rasulullah..

Sabda Rasulullah:

"Orang yang paling cerdik adalah orang yang sentiasa mengingati mati."

(Riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Abidunya.)..

haaa....orang yang paling cerdik adalah orang yang selalu mengingati mati...kenapa Rasulullah s.a.w kata orang yang mengingati mati tu yang paling cerdik??bukan la yang dapat markah tinggi dalam exam ke,atau dapat cipta benda yang paling hebat ke??kenapa ya..orang yang selalu mengingati mati ni dilabel sbgai org cerdik oleh rasulullah..

hurm..ayuh kita muhasabah...

orang yang selalu mengingati mati ni..dia tahu akan ad dunia lain yang bakal dia tempuhi selepas kematiannya..maka apa yang akan dia lakukan ialah dia akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menghadapi hari selepas kematian itu..apa usaha yang dilakukn??usahanya adalah untuk melakukan perkara yang ALLAH suka dan meninggalkan perkara yang ALLAH larang..kerana dia tahu bahawa dunia ini hanyalah tempat persinggahan dan mati itu pasti sebagaimana firman ALLAH:

  • "Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan." (QS. 3:185)"...
  • maka mengingati mati=satu motivasi..
  • motivasi untuk kita melakukan apa yang ALLAH suka dengan bersungguh-sungguh..dan menjauhi apa yang ALLAH larang juga dengan bersungguh-sungguh..supaya kita termasuk dalam golongan orang yang cerdik di dunia dan di akhirat..
  • ingatlah...kematian itu tidak menunggu kita.
  • "Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak dapat (pula) memajukannya. "(QS. 7:34)
  • sama-sama lah kita muhasabah diri kita..sesungguhnya,orang yang mengingati mati itu adalah orang yang cerdik kerana dia akan sentiasa muhasabah dirinya dalam setiap perbuatan yang dia lakukan..inshaALLAH..wallahualam..
  • sekian dahulu daripada saya..sensungguhnya,segala yang baik itu datang daripada ALLAH dan yang buruk itu juga daripada ALLAH namun disandarkan kepada saya untuk menandakan saya ini insan yang lemah..ayuh sama-sama musahabah yea...
  • minta diri dulu..

    assalamualaikum..


    Wednesday, December 8, 2010

    SALAM MAAL HIJRAH



    SALAM MAAL HIJRAH 1432..
    perkara yang paling susah untuk dilakukan ialah perubahan...namun penghalang paling besar untuk berubah adalah diri sendiri..andai kita mahu berubah,mulakan dari sekarang...kerana kita tidak tahu apakah kita punya masa untuk berubah pada masa hadapan...